USAHAWAN KRAFTANGAN (PAKAIAN MODEN WANITA, PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN )
Nama : Endiana Binti Abdul Khalid
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Cik Endiana merupakan seorang lepasan SPM dan Bersekolah di SMK Sibu Jaya. Merupakan anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Ibu bapa hanya berkerja sendiri.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum datang ke Pusat Internet Komuniti, Cik Diana tidak berminat untuk berjual secara online kerana line internet dan telefon yang digunakan tidak dapat membantu sangat apabila berada di rumah.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Setelah datang ke Pusat Internet Komuniti Jakar, dia telah didedahkan dengan kelas-kelas pembelajaran online dan juga kelas keusahawanan secara dalam talian. Dari situ dia mula mengumpul minat kerana line internet di Pusat Internet sangat laju dan urusan yang dibuat sangat mudah.