mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q4 2020 – LOLITA LAWAT ANAK EDWIN

 

CELIK IT

Nama   : Lolita Lawat Anak Edwin

Umur   : 16 Tahun

Ahli      : 2020

Latar belakang
 

Lolita merupakan lepasan pelajar di tingkatan 4 SMK Sg. Paoh Sarikei. Mempunyai 4 orang adik beradik dan Lolita merupakan anak kedua dalam keluarganya. Minat dalam bidang seni di sekolah dan bercita-cita ingin menjadi seorang pramugari.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

 

Sebelum melibatkan diri dalam kelas Microsoft Office, banyak perkara yang dia tidak mampu lakukan menggunakan computer. Semasa membuat kerja khusus yang diberikan disekolah, ramai antara mereka menulis tangan sahaja dan maklumat yang diperolehi juga sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
 
Melalui latihan yang diadakan di PI, banyak ilmu baru dan kemahiran baru yang diperolehi oleh lolita. Lolita  kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.