mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Ogos 2023

CELIK IT ( Asas Komputer Dan Microsoft Office)

Nama   : Alvin Anak Layang

Umur   : 15 Tahun

Ahli      : 2023

 

Latar belakang
 

Alvin merupakan lepasan pelajar di tingkatan 3 SMK Sg. Paoh Sarikei. Mempunyai 3 orang adik beradik dan Alvin merupakan anak bongsu dalam keluarganya yang berasal dari Rumah Keli, Sungai Minus, Sarikei. Minat dalam bidang seni di sekolah dan bercita-cita ingin menjadi seorang polis.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam kelas Microsoft Office, banyak perkara yang dia tidak mampu lakukan menggunakan komputer. Semasa membuat kerja khusus yang diberikan disekolah, ramai antara mereka menulis tangan sahaja dan maklumat yang diperolehi juga sangat sedikit. Sebelum ini beliau tidak mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan tidak seberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam membuat kerja kursus sekolah.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
 
Melalui latihan yang diadakan di PEDi, banyak ilmu baru dan kemahiran baru yang diperolehi oleh Alvin. Alvin  kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft Office serta boleh membuat pelbagai tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.